Rahsia Penggunaan Gambar Gimik Dalam Artikel Blog

January 26th, 2011 | 1:41 pm | Kategori Idea Blogging | Tag , , | Bersama 39 idea & pandangan baru.

Assalamu’alaikum dan Salam 1Malaysia.

Ada rahsia strategi menulis blog di sebalik penggunaan gambar gimik dalam entri-entri saya. Alhamdulillah gimik gambar tersebut membuatkan ada yang klik untuk baca entri Selamat Datang Robyn Simoson. Hehe… ntah ye ke tak nie? Pandai-pandai saja buat telahan berani mati. Ya, Saya sebenarnya memang menunggu seseorang untuk mengomel atau memberi maklum balas yang dia seakan-akan tertanya-tanya Siapakah Robyn Simoson yang di ucapkan Selamat Datang Robyn Simoson oleh saya tempoh hari. Apa Robyn Simoson tu artiskah yang datang ke Malaysia? Ahli Politik kah? Tengok gambar macam dah history je mamat tu. Old Skoolnya gambar. Berikut saya ada satu screeshot. Sila perhatikan komen sahabat blogger yang terkenal nie, dari ZikriHusaini.com: Ingatkan sapalah tadi..zikrihusaini-ingatkan-sapalahBaiklah, sedikit maklumat pasal gambar dalam entri Selamat Datang Robyn Simoson. Mereka ialah Mr. and Mrs. Simpson. Mrs. Simpson yang nampak menawan itu ialah Duchess of Windsor yang bermaksud Wanita Bangsawan dari Windsor. Kisah pasal Mrs. Simpson ini pernah dibukukan oleh Charles Higham seorang ahli sajak dan penulis biografi dalam bukunya “Mrs. Simpson – The secret life of the Duchess of Windsor”. Semua ini berkait rapat dengan seorang kerabat Di Raja England.

Siapa pula kerabat Di Raja England yang saya maksudkan tu? Beliau ialah King Edward VIII Raja United Kingdom yang telah melepaskan takhtanya sebagai Raja untuk mengahwini seorang janda yang telah dua kali bercerai bernama Wallis Simpson. Malah kedua-dua bekas suami Mrs. Simpson masih lagi hidup pada ketika itu. Melepaskan takhta kerajaan yang dipegang bukanlah sesuatu hal yang mudah. Adalah dinyatakan King Edward VIII memberi alasan “to marry the woman I love”. Wow, nampak macam dalam cerita dongeng kan? Tapi itulah sejarahnya dan ini adalah kisah cinta yang sebenar. Perletakan jawatan Raja oleh King Edward VIII telah menimbulkan kontroversi dan krisis dalam Perlembagaan Empayar British.

Okay, itu baru kisah pasal gambar. Sebenarnya, semasa mencari gambar nak buat gimik siapa orang yang bernama Simoson, Google tak ada result orang yang bernama Simoson. Tapi gambar itu memang nama file asal ialah simoson.bmp. Sebelum saya edit dan guna, saya periksa sejarah gambar tu dan itulah kisahnya. Sebab tu ada taruk ayat, “gambar hiasan sahaja”. Takut juga sebab guna gambar ahli bangsawan dan kaitkan dengan serangan spammer. Tapi saya yakin bangsa mat saleh ini tak sama dengan bangsa melayu yang mudah melatah. Bayangkan kalau saya letak gambar Tunku Abdul Rahman kat situ, agaknya boleh jadik femes sebulan-dua blog IdeadanLampu ni.

Top Secret ImageRahsia strategi menulis blog yang saya nak sampaikan di sini ialah, gambar adalah sesuatu yang subjektif. Gambar boleh menghasilkan gimik kepada entri anda walaupun ianya tidak berkaitan langsung dengan isi kandungan(content) artikel. Saya juga pasti gambar dapat memainkan peranan yang penting bagi menarik pengunjung untuk klik dan terus membaca artikel anda. Mari kita lihat contoh Akhbar Metro misalnya. Muka hadapan akhbar tersebut penuh dengan gambar dan tajuk-tajuk yang menarik, akan tetapi kisahnya dimuka 2, 3, 8, dan kadang-kadang belakang sekali. Tengok gambar sahaja dah membuatkan orang ramai berminat untuk membeli dan membacanya. Oleh itu, sebagai blogger kita juga boleh menggunakan konsep sama. Akhir kata, gunakanlah gambar dengan sewajarnya dalam setiap penulisan artikel blog anda.

Tips belajar menulis blog: Gunakan theme seperti Simplypress yang boleh memaparkan gambar pertama yang diupload sebagai Gambar Utama artikel anda di halaman utama blog. Inilah antara sebab kenapa saya memilih Simplypress WordPress Theme by etomyam.

Maaf. Tiada Artikel Berkaitan.

Komen Idea & Pandangan terkini (39)

  1. 1

    theme ini agak menarik untuk digunakan..

    • 2

      Terima kasih. Theme nie ringan sebenarnya. Saya suka.

  2. 3

    kami pun byk menggunakan gambar dlm penulisan blog,
    ingat nak beli dslr le nak bg gambar lagi cantik ..:)

  3. 7

    wah,suka sangat entri ni. sbb setiap entri sy mesti kna ada gmbar dan entri bro ni meluahkan apa yg sy rasa…ahaksss

    • 8

      Ada persamaan dalam menulis juga kita nie yer cik Adele. Tapi saya juga yakin, ramai lagi blogger yang menggunakan konsep yang sama. Ahaksss balik.

      • 9

        mmg ramai pun..haha

    • 10

      Gambar dapat menarik minat pembaca ingin tahu apa yang disebalik cerita pada gambar tersebut.

      Cuma perlu berhati-hati dengan saiz fail gambar kerana ia melambat blog kalau saiz memori gambar terlalu besar.

      Saya gunakan smust it untuk mengecilkan saiz fail gambar dengan berkorban resolusi gambar

      • 11

        Nak tanya soalan kat Bro lah. Berapa besar size KB yang sepatutnya bagi image bersaiz 200 x 150 pixel yang boleh dianggap sebagai saiz ideal yang tidak melambatkan blog?

      • 12

        dan juga berhati2 dengan gambar yg kita paparkan… :D

  4. 13

    gambar banyak membantu pembaca membuat imaginasi tersendiri heheh.. bila nak masukkan iklan kat atas sekali tu bro?

    • 14

      Hehe. Iklan atas tu. Biar jela dulu. Malas nak pasang lagi. Trafik ciput je. Kalau dah boleh maintain 150-200 sehari dah boleh pasang kut. Logo pun baru design separuh pastu x buka2 dah file tu.

  5. 15

    setuju sangat la, bro
    saya sendiri rasa macam tak sempurna je kalau entri tak ada gambar
    paling kurang mesti ada satu

    • 16

      Paling kurang gambar teh secawan. Lega hati kalau pekena dengan kawan2. Umph~

  6. 17

    Gambar memang boleh memberi daya penarik bagi setiap entri yang ditulis..

    • 18

      Ramai juga yang fikir macam tu. Tapi saya pernah jumpa juga blog yang tidak menggunakan gambar dalam artikel tapi tetap kembang subur sebab info2 berguna dalam tu disampaikan dalam 2-3 perenggan yang pendek. Penulisan yang kemas dan jelas point yang nak disampaikan tu. Tak macam penulisan saya yang banyak pusing-pusing dulu pastu perenggan last baru sampai point. Hehe..

      • 19

        hoho….akupun camtu juga bro…kadang2 berpusing2..baru jumpa jalan sebenar…hehe

        masih belajar juga ni nak ringkaskan entri supaya terus kena sasaran..

  7. 20

    penggunaan gambar perlu ada sumbernya bukan?takut ada yg melatah dan terasa..

    tapi kalau blogger cukup kreatif bolehla gunakan gambar yg diambil sendiri dan boleh menarik minat org lain

    • 21

      InsyaAllah akan diusahakan supaya lebih kreatif dan guna gambar sendiri. So far, kebanyakan entri dalam Perkara Penting Selepas Install WordPress EP 1-3 adalah hasil sendiri.

  8. 22

    aku pula tgk pada kerajinan, kalau rasa rajin, baru la aku cari dan letak gambar… kalau malas atau tak sempat, aku biarkan je entry tu togel tanpa gambar… terpulanglah mereka nak baca atau tak…boleh gitu??

    • 23

      Boleh ajer, sebab aku duk baca jugak entri2 tanpa gambar. Depends on tajuk dia la.

  9. 24

    ehem2.. tiba2 lak femes kat sini… hehe terima kasih bro, betullah kira tertipu tertipah , sikit. kiranya theme bro tomyam sedikit sebanyak ada gimik dia.. hehe..

    • 25

      Itu adalah antara teknik saya tumpang popularity bro etomyam dalam pembinaan blog baru ni. Hahaha…

  10. 26

    betul tu dan jangan pula lupa nak letak
    Alternate Text kat gambar tu.. :D

    • 27

      Ya betul tu. Penting tu untuk SEO

  11. 28

    selalu ambil gambar melalui google pastu letak sumber heee

    • 29

      Kadang2 saya letak kredit sumber. Kalau gambar tu memang original hak milik blog tu lah. Kalau dia pun cedok gak. Takdela kreditnya. Boleh gitu?

      • 30

        ha..
        sy kekadang amik pic kt sana bt lagu tu gak…kekadang terfikir gak klu tak letak krdt nnti tuannya marh pulak..dan ada masa tgok pic ni ada shja kat mana2 blog ada gambar yg sama..terus sy sllu amik kptusan mana yg sy juma sy krdtkan nama website dia jer.. hiii

        slu klo masuk blog cam muzium er..pelancongan, perkahwinan mmg krdt website tu juga huuuu.. bukan apa bro takut gak klu kena saman ..

        blh ker?

        p/s:blh jadikan satu topik ni heeee

  12. 31

    salam tuan blog. first time mai sini. hehe..blog yang kemas dan cantik…. nak malu jap eh sebab komen blog orang terkenal ni. hehehehehehe
    saya kalau buat entry tak der gambar rasa tak cukup syarat. kadang tak der gambar sebab tak der gambar berkaitan. maklumlah pinjam kat pakcik google jer. huhu

    • 32

      Saya manada terkenal. Mana bro dapat berita tidak tepat ni? Kalau RedMummy sungguhla masuk paper masuk radio masuk tv.
      Saya buat entry pun duk pakai gambar search google jugak. Entri Selamat Datang Robyn Solomon tu pun gambar tak berkaitan. Hehehe.. Lain kali sebat aje apa-pa gambar pun, jangan yang haram di mata sudah la.

      • 33

        haa.. tersa nak padatkan setiap entri pic anime

  13. 34

    pasal masukkan gambar dalam entri ni….pada asasnya mmg aku juga cukup suka kalau adanya satu entri tu diselitkan sekali dengan gambar…mmg lebih menarik dan berseri…

    tapi aku masih lagi tak dapat biasakan diri dengan teknik ni..kurang gemar kot nak letak gambar2 ni…hehe

    apa2pun…terima kasih bro, terbaiklah tips ni… :D

    • 35

      Kurang penggunaan gambar dapat juga menjimatkan penggunaan bandwith.

  14. 36

    theme ni menarik sebab simple dan nampak profesional

  15. 37

    1 gambar 1000 makna…

  16. 38

    gambar gimik memang selalu jadi tarikan hehe

Trackbacks dan Pingbacks

  1. Selamat Datang IdeadanLampu.com… | hafizmohd.com

Sila Tinggalkan Idea & Komen Anda